Amalan Islam di Malaysia


Book

ISBN:

9789834718350

Author:

Azis Jakfar Soraji
Abd Rashid Abdul Halim@Jaafar
Anisah Bahyah Ahmad
Wardatul Aishah Musa
Wan Termizi Wan Mohamad

Available Resources:

Buku Amalan Islam di Malaysia dihasilkan berdasarkan Mata Pelajaran Umum (MPU) yang bertemakan Malaysia. Buku ini menjadi rujukan utama pelajar peringkat diploma sebagai salah satu kursus wajib bagi kod MPU 3. Kursus ini dirangka bagi tujuan mengukuhkan kefahaman para pelajar terhadap amalan-amalan Islam yang menjadi teras dalam kehidupan seharian. Di samping itu, buku ini dirangka bagi membuka minda pelajar agar dapat berhadapan dengan situasi masa ini dengan berpandukan ajaran Islam yang sebenar. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam kursus wajib Mata Pelajaran Umum (MPU).

Kandungan buku ini ditulis berdasarkan rujukan daripada sumber yang pelbagai dan mutakhir serta digarap dengan rapi untuk memenuhi aspirasi pelajar agar mampu memahami tasawur Islam dengan lebih baik. Buku ini mengandungi 10 bab, iaitu Manusia dan Agama, Asas-asas Islam, Al-Quran dan Sunah, Sejarah Kedatangan Islam di Malaysia, Ibadah Solat, Amalan Kekeluargaan dan Kemasyarakatan Islam, Pentadbiran dan Pemerintahan Islam, Amalan Ekonomi dan Kewangan Islam, Perundangan Islam dan Isu-isu Semasa.

Feedback Icon Share your feedback

Student & Lecturer Resources


SUMBER PELAJAR
SUMBER PENSYARAH

Most Popular Resources