SPG Pendidikan Islam


Book

ISBN:

9789834732448

Author:

Bani Hidayat Mohd Shafie
Nor Hayati Fatmi Talib

Available Resources:

Buku ini dihasilkan berdasarkan maklumat kursus Pendidikan Islam bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendidikan Islam merupakan bidang generik yang wajib dipelajari oleh semua siswa guru sebagai persediaan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPGM. Oleh itu, buku ini merupakan rujukan penting untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus Pendidikan Islam. Buku ini mengandungi lapan bab yang membincangkan Peranan Al-Quran dan Sunah sebagai Panduan Hidup, Akidah, Fiqah Solat, Fiqah Muamalat, Fiqah Munakahat, Akhlak, Sirah dan Peranan Manusia sebagai Khalifah. Di akhir setiap bab terdapat latihan formatif untuk tujuan pengukuhan, kefahaman dan penghayatan dalam kehidupan sebenar. Selain rujukan pelajar PPISMP, buku ini sesuai untuk rujukan para pensyarah, guru-guru praperkhidmatan, pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta yang lain serta mereka yang berminat untuk menguasai Pendidikan Islam sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

View E-Book
Feedback Icon Share your feedback

Student & Lecturer Resources


SUMBER PELAJAR
SUMBER PENSYARAH

Most Popular Resources