SPG Kemahiran Belajar


Book

ISBN:

9789834729646

Author:

Wong Kiet Wah
Norlia Mat Esa
Tan Ai Lee
Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof

Available Resources:

Buku Kemahiran Belajar ini dihasilkan berdasarkan Maklumat Kursus dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kemahiran Belajar merupakan bidang generik yang wajib dipelajari oleh semua siswa guru sebagai persediaan pengajian PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) seluruh Malaysia. Oleh itu, buku ini menjadi rujukan penting untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus yang bertumpu pada kemahiran belajar, pengurusan pembelajaran dan kemahiran pengurusan maklumat.

Buku ini mengandungi sepuluh bab yang membincangkan teknik membaca dan mencatat nota, pengurusan pembelajaran dan kemahiran pengurusan maklumat dengan memanfaatkan aplikasi penggunaan perisian komputer.  Persediaan pelajar dalam menghadapi untuk pentaksiran serta integriti pelajar dalam pentaksiran juga dibincangkan.  Di akhir setiap bab terdapat latihan formatif untuk tujuan pengukuhan kefahaman dan aplikasi dalam situasi sebenar.

Selain rujukan pelajar PPISMP, buku ini sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru pra perkhidmatan, pelajar di universiti dan institut pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat untuk menguasai kemahiran belajar sebagai pembelajaran sepanjang hayat. 

View E-Book
Feedback Icon Share your feedback

Student & Lecturer Resources


SUMBER PELAJAR
SUMBER GURU

Most Popular Resources