Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak Edisi Kemas Kini


Book

ISBN:

978 983 47 1050 7

Author:

Lee Leok Cheong
Ee Ah Meng
Suppiah Nachiappan
Taquddin Abd Mukti

Available Resources:

Lecturer resources
• Teaching PowerPoint slides
• Instructor’s Manual

Buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak Edisi Kemas Kini ini ditulis berdasarkan sukatan pelajaran (proforma) kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini merupakan kursus teras yang mewajibkan semua pelajar IPGM.

      Buku ini penting kerana meliputi kesemua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Antara topik yang terkandung dalam buku ini adalah Pengenalan kepada Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi, Sejarah Perkembangan Kaunseling, Teori-teori Kaunseling, Kaunseling dari Perspektif Islam, Kemahiran Asas Kaunseling, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Kanak-kanak, Kaunseling dalam Pendidikan Khas, Kaunseling Kerjaya, Kajian-kajian Kes, Permainan-permainan Kaunseling: Latihan dalam Kelompok, Pembimbing Rakan Sebaya, Etika dan Perundangan Kaunseling dan Proses Penyebaran. Selain boleh dijadikan rujukan bagi para pelajar IPGM khususnya, buku ini juga sesuai untuk kegunaan para pensyarah dan pelajar IPTA yang lain, kaunselor sekolah serta mereka yang berminat dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

      Selain itu, buku edisi kemas kini ini juga disertakan 1 set Model Kertas Peperiksaan baharu bersama model jawapan lengkap dan 7 Lampiran yang mengandungi Bidang Tugas dan Tanggungjawab, Inventori Minat Pekerjaan, Inventori Nilai, Model Membuat Keputusan Kerjaya, Contoh Surat Permohonan, Contoh Vitae Kurikulum dan Tata Cara Menghadiri Temu Duga.


Key Features 

  • Berdasarkan sukatan pelajaran kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang ditawarkan oleh IPGM
  • Hasil pembelajaran disenaraikan di permulaan setiap bab 
  • Peta minda mengenai perkaitan antara topik bagi setiap bab diberikan
  • Sisipan ringkasan teks pada nota bahagian tepi (margin note) bagi topik yang bersesuaian
  • Rujukan dan soalan disediakan untuk setiap bab
  • Model Kertas Peperiksaan di akhir buku 

New to This Edition

  • MEP Question 

Jawapan Model Kertas Peperiksaan (Klik Di sini)

Feedback Icon Share your feedback

Most Popular Resources